Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua
Soalan: Macamana nak jual semula Gold Bar atau dinar emas Hana Gold atau Gold Coin Hana Gold..??
Jawapan: Di Hana Gold Bukit Jambul kami menyediakan perkhidmatan membeli barang kemas dengan Gold Bar (GB) atau Dinar Emas (DE) atau Gold Coin (GC).
Syarat-syaratnya
1) Persamaan pada timbangan. Maka Pertukaran antara emas seberat 200 gm, mestilah dengan emas seberat 200 gm juga. Jika terdapat perbezaan berat, maka kadar yang lebih akan menjadi riba fadhl.
2) Penyerahan di dalam majlis. Jual beli antara emas dengan emas mestilah disempurnakan penyerahan kedua-duanya dalam majlis tersebut. Cash & Carry. Jika ada sebarang penangguhan atau ansuran, maka ia akan menjadi riba nasiiah.
Kedua-dua syarat ini disebut dalam hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam:
Maksudnya: (Pertukaran) emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, tamar dengan tamar, dan garam dengan garam, mestilah dengan kadar (timbangan/sukatan) yang sama, dan mestilah dengan penyerahan serentak (dalam satu majlis).
Direkod oleh Muslim
semoga anda dapat sedikit manfaat dari kami...
Emas Warisan Anda





