Assalamualaikum dan salam hormat dari Galeri Hana Gold BJ.
Kerana suka tengok emas maka ramai yang beria-ia membeli emas. Suka dan peminat emas tidak sama sebab ilmu emas lain-lain dan berbeza. Pengumpul emas, peminat dan pembeli emas jangan lupa zakat ye. Setiap tahun kira simpanan emas melebihi 85 gram kena zakat 2.5% dari harga emas semasa.
Apa beza orang yang suka dan peminat emas. Biasanya peminat emas akan tahu ilmu tentang emas sikit sebanyak. Paling kurang ikut perkembangan harga semasa emas. Tapi yang suka beli emas, tengok emas cantik akan beli. Boleh kata golongan ini agak berduit dan memang simpan impian untuk beli barang kemas.
Cuma hati-hati, golongan yang kedua ini selalu jadi mangsa. Mangsa apa? mangsa peniaga yang menjual emas mahal, emas palsu, emas lama, emas reject dan emas recycle.
Oleh itu lakukan langkah berikut:
1. Tambah ilmu emas dengan tahu harga emas harian terendah dalam pasaran. Harga boleh semak di website Hana Gold sama dengan Bank Rakyat.
2. Tahu kedai mana yang jual emas harga tinggi dan harga semasa. Jika harga tinggi tanya peniaga sebab apa tidak sama dengan harga dalam pasaran semasa. Pasti anda akan dapati jawapan berbeza-beza antaranya "HQ dah tetapkan macam ni..", "Emas kami kualiti better than ohers.." Sebenarnya emas tiada siapa yang boleh tentukan harga. Suka hati peniaga hendak turun atau naik. Tiada harga kawalan.
3. Buat pengiraan dihadapan peniaga emas. Keluarkan culculator anda atau handphone. Cara pengiraan:
Harga 1 gram (kedai) x berat emas yang ada pada tag barang kemas.Sama atau tidak dengan pengiraan dia dan anda. Kalau terlebih tanya sebab apa. Mesti akan keluar caj itu caj ini yang tidak dimaklum awal-awal.
4. Kena tahu jika menempah barang kemas, harga pengiraan akan berubah disebabkan anggaran berat dan panjang kadang-kadang tidak sepadan. Kita menempah gelang 20cm tapi hendak buat dengan 5 gram emas. Memang tidak boleh, caranya kilang akan menambah bilangan gram atau memendekkan cm.
5. Cara paling mudah untuk tambah ilmu emas ialah dengan bersembang dengan peniaga emas!
Selamat mencuba!
