Thursday, January 10, 2013


Jutawan Industri di zaman Rasulullah





Topik kali ni untuk orang yang ada impian untuk menjadi jutawan bertaqwa. Mari kita semak kehidupan sahabat Rasulullah yang berdiri dari jutawan industri orang-orang kaya. Selain dari iman dan taqwa yang tinggi mereka bersifat pemurah, suka memberi dan banyak membantu.


1. Sahabat Nabi bernama Abdul Rahman ibnu`Auf pula, mengikut Sa`ad bin Ibrahim dari cerita keluarga beliau bahawa Abdul Rahman pernah membahagikan hasil jualan bahagian hartanya dari ghanimah iaitu harta rampasan perang dalam peperangan  Bani An-Nadhir iaitu sebanyak 40,000 dinar kepada para isteri Rasulullah. Menurut Az-Zuhri, semasa hayat Baginda Rasulullah s.a.w beliau pernah bersedekah dari hasil keuntungan jualan perniagaannya dengan separuh hartanya, kira-kira berjumlah 40,000 dinar. Beliau juga bersedekah dengan sebanyak 500 kenderaan untuk kegunaan jihad fisabilillah. 

Ibnu Abbas r.a. juga pernah menceritakan bahawa Abdul Rahman ibnu `Auf menyerahkan seluruh barang dagangannya yang baru tida dari negara Syam kepada Rasulullah s.a.w untuk disedekahkan.  Umar bin Al-Khatab pernah meriwayatkan bahawa Abdul Rahman ibnu Auf telah memenuhi permintaan Baginda Rasulullah s.a.w untuk memberikan sesuatu kepada cucu Baginda, iaitu Hasan dan Husain,  sehingga Rasulullah s.a.w bersabda: "Semoga Allah mencukupimu segala urusan duniamu. Adapun urusan akhiratmu, dakulah yang akan menanggungnya!" .



2. Abu Talhah: Beliau telah mewakafkan taman Bayruha. Terletak berhadapan Masjid Nabi. Taman ini merupakan taman kesayangannya dan pernah pula diziarahi oleh Baginda Rasulullah s.a.w dan meminum air sungainya. Atas dasar aqidah yang utuh serta tunduk kepada perintah Allah Taala beliau tidak teragak-agak untuk mewaqafkannya sejurus selepas wahyu dari kalam suci Allah surah Ali Imran ayat 92. Apabila turun sahaja wahyu ini, Abu Talhah berkata kepada Baginda Rasulullah s.a.w:

"Wahai Rasulullah, Allah berfirman: "Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebaktian (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai…dan harta yang paling aku sayangi ialah taman Bayruha, jadi aku sedekahkannya pada jalan Allah dan berharap akan mendapat kebaikan daripadanya dan diterima oleh Allah. Oleh itu, ya Rasulullah, buatlah mengikut apa yang Allah perintahkan kepadamu". Nabi bersabda: "Itu adalah harta yang mengeluarkan hasil! Saya telah mendengar apa yang kamu katakan dan saya fikir kamu patut membahagikannya di kalangan kaum kerabatmu". "Saya akan berbuat begitu, ya Rasulullah s.a.w", kata Abu TalhahSahih Al-Bukhari.

2. `Uthman ibnu 'Affan juga banyak mewaqafkan hartanya untuk Islam dan untuk orang-orang miskin. Semasa krisis ekonomi di Madinah al-Munawwarah, beliau telah memberi sedekah gandum, kismis, minyak yang dibawa oleh 1,000 ekor unta kepada masyarakat Islam yang miskin di zaman khalifah Khalifah Sayyidina Abu Bakar As Siddiq. 'Uthman juga menolak tawaran daripada pedagang-pedagang yang ingin membeli dengan harga keuntungan lebih 5 kali ganda sebaliknya beliau tetap berhasrat membantu orang-orang miskin kerana sangat yakin bahawa Allah akan melipatgandakan rezekinya dengan 10 ganda daripada nilai tersebut berdasarkan janji Allah dalam  surah al-Baqarah.

Beliau juga tidak teragak-agak untuk mewakafkan perigi bernama Bir Ruumah kepada umat Islam. Perigi tersebut sangat jernih airnya yang dibeli dari seorang Yahudi kerana ketika itu umat Islam menderita musim kemarau dan kesukaran memperolehi air. Selain itu, Uthman ibnu Affan juga telah menaja kesemua tentera Islam yang bersiap untuk bergerak menentang tentera Rom dengan hartanya sebanyak 700 uqiyah emas.


Sifat dermawan dan hartawan yang kaya jiwa di zaman kegemilangan Islam turut dilakukan oleh orang-orang biasa. Mereka melakukan pengorbanan harta yang sebegini terhadap Islam, antaranya ialah seramai 70 orang syuhada' Ansar yang digelar penghafal Qur'an, yang kemudiannya syahid dalam peristiwa jihad di Bi`r Ma`unah turut membantu  ahli suffah dan orang miskin dengan membelikan makanan untuk ahli suffah dengan hasil jualan kayu dan mengambil upah mengangkat air ke masjid. Anggota masyarakat zaman Rasulullah s.a.w yang mempunyai kebun kurma pula menggantung gugusan kurma di tali yang diikat di antara dua tiang  masjid sebagai sedekah kepada ahlus-suffah dan orang-orang miskin.

Pengiraan.


1 uqiyah bersamaan :

= 123.958g [Pengiraan = 500 dirham / 12 uqiyah X 2.975g]
= 3.99 troy oz = 4.37 oz = 29.17 dinar = 41.67 dirham = 2 nasya

1 nasya  bersamaan dengan
= 61.979g = 1.99 troy oz = 2.19 oz = 14.58 dinar = 20.83 dirham

** - Sumber HR. Muslim
Abu Salamah bin Abdurrahman berkata, “Aku bertanya kepada Aisyah, isteri Rasulullah saw., “Berapakah nilai mahar yang diberikan oleh Rasulullah?
Aisyah menjawab, “Mahar yang baginda berikan untuk isteri-isterinya sebesar 12 uqiyah dan nasya. Aisyah berkata, Apakah engkau tahu apakah nasya itu?
Aku berkata, “Tidak?
Kata Aisyah, “Nasya adalah ½ uqiyah. Maka nilainya sekitar 500 dirham. Demikianlah mahar Rasulullah untuk isteri-isteri Baginda."

HGTC adalah perintis dalam perdagangan emas, penyelidikan dan pembangunan metodologi logam emas. Melalui laman ini, anda akan menemui bagaimana kami beroperasi, siapakah kami dan di mana kami bertapak di dalam negeri dan antarabangsa.
Misi
“Misi kami adalah untuk menjadi Syarikat Berdaya Maju di Dalam Sektor Perdagangan Emas – bertumpu dalam menyalurkan nilai luar biasa kepada pelanggan kami dan pakar runding aset berharga ”
Visi
Untuk mencapai visi, kami komited melakukan perkara berikut:
  1. Menjadi peneraju dikenali di dalam pasaran kami. Menjadi syarikat mengutamakan pelanggan yang memberikan khidmat penyelesaian sehenti;
  2. Membina pehubungan terus menerus berasaskan kepercayaan diantara pelanggan dan rakan niaga;
  3. Menghasilkan nilai yang amanah dengan merebut peluang di asia pasifik dan juga pasaran benua terpilih;
  4. Menjadi majikan terpilih yang mengilhamkan prestasi cemerlang.
Integriti
Kejujuran dan keadilan adalah contoh unggul kepada cara kami menjalankan perniagaan dan perhubungan awam
Dipercayai
Kami adalah syarikat yang berpegang kepada janji. Kami lakukan apa yang dijanjikan dan kami beroperasi berlandaskan kod etika professional
Professional
Komited dalam membawa pembaharuan, proaktif dan selalu mengejar kecemerlangan
Berdaya Maju
Bersatu dalam tujuan mencapai objektif perniagaan
Kepuasan Pelanggan
Melalui peningkatan kualiti, servis, daya pengeluaran dan pengurusan masa, kami akan melebihi jangkaan pelanggan
Minat
Memberikan potensi penuh dalam usaha mencipta nilai yang menyeluruh kepada syarikat dan prinsip amanah.

Keluarlah dari kepompong 'kemiskinan'.

Kaya lawan kepada miskin dan miskin lawan kepada kaya. Ramai antara individu dalam masyarakat kita hari ini menganggap kekayaan hanya milik insan tertentu tanpa perlu kita  memikirkan tentang kekayaan. Ada pula yang beranggapan sekadar cukup dan stabil dengan pendapatan bulanan untuk bayar api, air, belanja dapur, persekolahan anak-anak, ada kereta dan rumah yang biasa-biasa. Alhamdulillah, satu sifat yang baik apabila dapat bersabar dengan kenaikan gula, tepung, minyak, tol, yuran sekolah, barang-barang lain.  Bagi manusia yang dibelenggu hutang dan kemiskinan setiap hari merasa resah dan gelisah ke mana hendak dipinjam lagi esok dan hari-hari seterusnya. Islam tidak menggalakkan kemiskinan dan mengharapkan agar umatnya dijauhi dengan taraf hidup begini di dunia apatah lagi di akhirat!

Hadis Rasulullah dari hadis Hajjaj bin Farafisah dari Yazid al-Ruqashi dari Anas bin Malik r.a.
كاد الفقر أن يكون كفرا
Bermaksud: “"Maka sesungguhnya kefakiran itu hampir-hampir mengundang kekufuran”." 

Menurut Ali al-Qary dalam al-Mirqaat: Hadis itu adalah hadis yang sangat lemah. Menurut beberapa kitab takhrij, hadits tersebut di atas berstatus dhaif kerana dalam sanadnya terdapat Yazid ar-Ruqashi yang dinilai oleh para ulama hadits sebagai perawi yang dhaif. Bagaimanapun kesahihannya dikaitkan dengan sifat 'kemiskinan' hati yang membawa kepada kebimbangan dan kerisauan setiap masa seterusnya membawa kepada perasaan tidak redha pada takdir Allah. Apa yang lebih dibimbangi ialah dalam kalangan orang miskin mempersoalkan Allah dalam hal pembahagian rezeki.

Maksud kekufuran dalam hadis ini juga ialah akan berlakunya pertikaian di kalangan mereka akibat tidak berpuas hati apabila ada di kalangan mereka yang hidup senang dan ada yang melarat.

Pertikaian ini boleh merosakkan keyakinan akidah kepada Allah Yang Maha Memberi dan Allah jua layak menentukan pemberian rezeki kepada makhluk-Nya.

Dalam riwayat yang lain menyebut 'al-faqr' iaitu kefakiran dengan lebih jelas dan lebih sohih beserta sanad yang kuat melalui satu hadith Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: 

"“Ya Allah sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu dari kefakiran, kekurangan, kehinaan dan dari menzalimi orang lain atau dizalimi oleh orang lain”."

(Musnad Ahmad, hadis nombor: 8053; Adab al-Mufrad, al-Bukhary, hadis nombor: 678; Sunan Abu Daud, hadis nombor: 1539, Sunan al-Nasa’iy, hadis nombor: 5460; Sunan Ibnu Majah, hadis nombor: 3842; Ibnu Hibban, hadis nombor 1030; Mustadrak, al-Hakim, hadis nombor: 1983; al-Sunan al-Kubra, al-Baihaqy, hadis nombor: 12929 - isnadnya sahih dan Al-Albany juga mengkategorikannya sebagai hadis sahih dalam Sahih al-Jami’, hadis nombor: 1287).


Wujud pelbagai tahap manusia adalah bukti bahawa kekuasaan Allah mentadbir dan mengatur kehidupan manusia. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: 

"Sesungguhnya apabila Allah S.W.T. telah mengurniakan sesuatu nikmat kepada hamba-Nya, Dia suka melihat kesan nikmat yang telah dikurniakan itu. Allah S.W.T. benci melihat orang yang menzahirkan kefakiran dan orang yang meminta-minta serta Allah S.W.T. mengasihi orang yang bersifat malu dan memelihara kehormatan."
Hadith riwayat al-Baihaqi.

Kesenangan merupakan ujian Allah hasil usahanya yang gigih, selepas itu bertawakkal dan akan ditanya oleh Allah ke mana kekayaan itu disalurkan. 

Kemiskinan juga merupakan ujian Allah, jika sudah berikhtiar bersungguh-sungguh untuk mengubahnya maka bersabarlah. Kemiskinan bukan menjadi alasan untuk lepas dari pertanyaan Allah, kenapa tidak berusaha dengan usaha gigih untuk membaiki taraf dan kualiti hidup, sedang Allah tidak akan menyekat hasil usaha hamba-Nya. 

Segala khazanah dan kekayaan alam ciptaan Allah jadikan untuk manusia mengambil manfaat darinya, supaya sosio-kehidupan manusia lebih terjamin di samping merasakan dirinya wajib mensyukuri nikmat yang tidak terhingga ini. Malangnya ramai umat Islam yang lalai membawa watak si kaya yang bersyukur atau si miskin yang tidak merungut.

Umat Islam mampu keluar dari kepompong kemiskinan dan kefakiran dengan usaha yang bersungguh-sungguh serta tawakal yang berterusan kepada Allah.

Si kaya yang dilanda kemiskinan sifat syukur kepada Allah juga tidak harus dipandang sepi. Mereka juga harus berusaha mendekatkan diri kepada Allah dengan  melaksanakan amalan zakat, infaq, waqaf dan sedekah yang bertujuan menyucikan hati dan harta.

Khubeib bin Adi RA berkata, “Kami sedang berada di suatu majlis, tiba-tiba Rasulullah SAW datang dan di kepalanya terdapat bekas air.” Sebahagian dari kami berkata, “Kami melihat engkau berjiwa tenang.” Baginda mejawab, “Ya, Alhamdulillah.” Kemudian sahabat-sahabat berdiskusi panjang lebar tentang hakikat kekayaan. Maka Rasulullah SAW bersabda,“Tidak mengapa kekayaan itu bagi orang bertakwa dan kesihatan bagi orang bertakwa lebih baik dari kekayaan, sedangkan ketenangan dan kekayaan jiwa termasuk dalam kenikmatan.” - Riwayat Ibnu Majah.

Sabda Rasulullah saw.:
"Tiada sesuatu makanan yang baik melebihi apa yang dihasilkan dari usahanya sendiri. Nabi Allah Daud makan dari hasil usahanya sendiri." - Riwayat Bukhari