Tuesday, August 20, 2013



Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua 

Soalan: Macamana nak jual semula Gold Bar atau dinar emas Hana Gold atau Gold Coin Hana Gold..?? 

Jawapan: Di Hana Gold Bukit Jambul kami menyediakan perkhidmatan membeli barang kemas dengan Gold Bar (GB) atau Dinar Emas (DE) atau Gold Coin (GC).

Syarat-syaratnya 

1) Persamaan pada timbangan. Maka Pertukaran antara emas seberat 200 gm, mestilah dengan emas seberat 200 gm juga. Jika terdapat perbezaan berat, maka kadar yang lebih akan menjadi riba fadhl.

2) Penyerahan di dalam majlis. Jual beli antara emas dengan emas mestilah disempurnakan penyerahan kedua-duanya dalam majlis tersebut. Cash & Carry. Jika ada sebarang penangguhan atau ansuran, maka ia akan menjadi riba nasiiah.

Kedua-dua syarat ini disebut dalam hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam:

Maksudnya: (Pertukaran) emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, tamar dengan tamar, dan garam dengan garam, mestilah dengan kadar (timbangan/sukatan) yang sama, dan mestilah dengan penyerahan serentak (dalam satu majlis).
Direkod oleh Muslim

semoga anda dapat sedikit manfaat dari kami...
Emas Warisan Anda 

Friday, June 14, 2013

Pembeli Emas Melayu dan Bukan Melayu



Graf di atas adalah pecahan pembeli-pembeli emas mengikut bangsa. 59% adalah Melayu. Melayu di sini mewakili pelbagai suku dan daerah seperti Melayu Penang, Melayu Kelantan, Bumiputera dan Mamak.

Peniaga dan pengilang emas pula ramainya adalah terdiri dari bangsa lain. 

Dalam blog saya di sini, saya telah nyatakan beberapa tips dan panduan kepada pembeli emas di Malaysia supaya kita bukan sekadar membeli emas tetapi MESTI BIJAK EMAS.

Dapatkan Buku MESTI BIJAK EMAS tulisan Datuk Hairulazwan bin Tamam, CEO Hana Gold.


Wednesday, June 5, 2013

Tips elak ditipu dengan belian barang kemas.



Assalamualaikum dan salam hormat dari Galeri Hana Gold BJ.

Kerana suka tengok emas maka ramai yang beria-ia membeli emas. Suka dan peminat emas tidak sama sebab ilmu emas lain-lain dan berbeza. Pengumpul emas, peminat dan pembeli emas jangan lupa zakat ye. Setiap tahun kira simpanan emas melebihi 85 gram kena zakat 2.5% dari harga emas semasa. 

Apa beza orang yang suka dan peminat emas. Biasanya peminat emas akan tahu ilmu tentang emas sikit sebanyak. Paling kurang ikut perkembangan harga semasa emas. Tapi yang suka beli emas, tengok emas cantik akan beli. Boleh kata golongan ini agak berduit dan memang simpan impian untuk beli barang kemas.
Cuma hati-hati, golongan yang kedua ini selalu jadi mangsa. Mangsa apa? mangsa peniaga yang menjual emas mahal, emas palsu, emas lama, emas reject dan emas recycle.

Oleh itu lakukan langkah berikut:

1. Tambah ilmu emas dengan tahu harga emas harian terendah dalam pasaran. Harga boleh semak di website Hana Gold sama dengan Bank Rakyat.

2. Tahu kedai mana yang jual emas harga tinggi dan harga semasa. Jika harga tinggi tanya peniaga sebab apa tidak sama dengan harga dalam pasaran semasa. Pasti anda akan dapati jawapan berbeza-beza antaranya "HQ dah tetapkan macam ni..", "Emas kami kualiti better than ohers.." Sebenarnya emas tiada siapa yang boleh tentukan harga. Suka hati peniaga hendak turun atau naik. Tiada harga kawalan.

3. Buat pengiraan dihadapan peniaga emas. Keluarkan culculator anda atau handphone. Cara pengiraan:
Harga 1 gram (kedai) x berat emas yang ada pada tag barang kemas.Sama atau tidak dengan pengiraan dia dan anda. Kalau terlebih tanya sebab apa. Mesti akan keluar caj itu caj ini yang tidak dimaklum awal-awal.

4. Kena tahu jika  menempah barang kemas, harga pengiraan akan berubah disebabkan anggaran berat dan panjang kadang-kadang tidak sepadan. Kita menempah gelang 20cm tapi hendak buat dengan 5 gram emas. Memang tidak boleh, caranya kilang akan menambah bilangan gram atau memendekkan cm.

5. Cara paling mudah untuk tambah ilmu emas ialah dengan bersembang dengan peniaga emas!

Selamat mencuba!

Sunday, June 2, 2013

Tips jimat beli cincin tunang dan cincin hantaran.




Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kali ini terlintas untuk share tips kepada bakal Raja Sehari. Tips tentang apa? Tips untuk meransang penjimatan dan pembelian barang kemas untuk bakal isteri.

Kebiasaanya bagi yang bercadang mendirikan rumah tangga, antara perkara paling 'aula' atau utama difikirkan ialah cincin pertunangan dan barang kemas hantaran kahwin. Masalah kewangan pula menjadi punca untuk beli cincin dan barang kemas yang 'cukup makan' dengan budget yang ada. Tetapi jika kita bijak dan celik emas, masalah-masalah seperti ini tidak akan berlaku. Malah bakal pengantin boleh beli cincin, rantai, gelang tangan dan serba satu barang kemas.

Caranya mudah. Apabila tarikh pertunangan telah ditetapkan contohnya bulan Disember, si jejaka sudah boleh membeli paling kurang 1 gram emas (999 924k) dari Hana Gold yang sudah pasti menjual harga paling rendah dalam pasaran dengan jaminan kualiti emas. Harga 1 gram bersamaan RM145.27 (sewaktu artikel ini ditulis). Beli emas setiap bulan 1 g. (paling kurang). Januari sampai Disember  anda sudah miliki sekurang-kurangnya 12 gram emas 999 (24k). Banyak tu!

Dengan 12 gram emas 999 (24k) anda boleh buat 4-6 bentuk cincin emas 916 (22k) atau pun 2 cincin 916 (22k) dan 1 gelang tangan 916!. Anda pergi ke galeri Hana Gold yang ada perkhidmatan gold ex-change dan minta tukarkan kepada barang kemas yang anda inginkan tadi. Pilih design yang bakal isteri suka dan tukar dari gold bar tadi kepada barang kemas tanpa perlu membeli emas baru.

Ini adalah contoh 1 gram setiap bulan, bayangkan anda membeli 2 gram setiap bulan! Rantai leher pun anda boleh beli untuk bakal isteri tersayang.

Kunjungi Hana Gold cawangan Bukit Jambul, Pulau Pinang atau galeri Hana Gold  yang berhampiran untuk dapatkan info lebih lanjut.

-Emas Warisan Anda-

Monday, May 27, 2013



Tips membeli emas.

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan pembaca blog,

Jika saya katakan hampir 80% pembeli emas ditipu anda percaya atau tidak? jawapan terserah kepada anda sebab itu adalah duit dan hak anda untuk membeli, namun saya yang memiliki galeri emas Hana Gold di Bukit Jambul, Pulau Pinang dapati ramai orang kita berpusu-pusu ke kedai emas yang sedia ada di luar sana.

Antara kelemahan pembeli emas ialah:

1. Tidak tahu harga pasaran emas semasa. Jika anda masuk ke kedai dan tanya "tokey, hari ni emas 1 gram berapa?" anda orang yang ada ilmu emas, tapi belum cukup kemas jika anda tidak tahu harga pasaran FEDMAS Malaysia sebenarnya berapa. Buat masa ini kedai emas Hana Gold yang mempunyai kualiti emas standard international dan pengesahan SIRIM sahaja menawarkan harga emas sama dengan harga FEDMAS. Kedai emas yang lain menaikkan harga pergram antara RM20-RM30. kenapa? kerana emas bukan harga kawalan macam tepung , gula, beras dan barang-barang dapur lain. Jadi, pengusaha emas akan menaikkan nilai pergram dengan mengambil kira beberapa perkara seperti kos upah atau kos pekerja atau kos sewa kedai atau kos utiliti dan sebagainya.

2. Tidak membeli emas yang tulen. Sungguh sedih melihat kalangan orang kita yang membeli emas dengan harga yang murah dan mendakwa ketulenan emas adalah 22k atau 24k. Apabila emas ini dilebur dan ingin dibentuk emas yang baru didapati emas yang ada hanya kategori emas 18k atau lebih rendah lagi. Sebab itu nilai barang kemas akan ditolak 25%-30% kerana kedai emas tidak boleh menjamin ketulenan emas yang ada pada penlanggan. Jika anda pembeli emas yang bijak, hanya tukarkan emas lama kepada design emas yang baru tanpa susut nilai 20%-30%. Bagaimana? Hana Gold ada menyediakan perkhidmatan gold ex-change yang menyelamatkan wang anda dan emas anda.



3. Membeli stok emas yang terpakai atau recycle atau emas lama. Kadang-kadang peniaga kedai emas 'biasa-biasa' akan menjual emas dengan harga pasaran atau lebih rendah lagi. Apabila keadaan ini berlaku kemungkinan besar emas yang dijual adalah stock lama, emas yang dikitar semula atau barang kemas yang telah dijual oleh pelanggan. Maka tidak hairan mengapa harga mereka lebih rendah atau sama. Bagi yang inginkan emas baru, emas fresh dari kilang, emas yang berkualiti antarabangsa dan emas yang diluluskan oleh SIRIM boleh buat tempahan di Hana Gold yang berhampiran dengan anda.

4. Tertipu dengan emas 916 atau 999. Apabila anda membeli barang kemas 999 (24k) maka hati-hati kerana nilai emas padanya ialah 99.99% adalah emas tulen. Bermakna barang kemas itu lembut dan mudah dilentur atau digigit. Emas 916 pula adalah 91.6% adalah emas dan selebihnya campuran tembaga atau perak atau besi. Bagi yang membeli barang kemas dari kedua-dua ini, kebanyakan kedai akan mencampurkan tembaga dan besi untuk menguatkan ikatan emas-emas seutas rantai. Maka barang kemas akan kuat dan tidak mudah rosak walau dikasari tetapi kita membayar dengan harga emas 916/999! Sebenarnya nilai emas itu telah pun susut menjadi emas 875 (21k) atau 835 (20k) atau juga 750 (18k) akibat campuran yang tidak sepatutnya. Hana Gold mempunyai bahan campuran silver dan tembaga untuk mengekalkan kualiti emas dan kilauan emas. Tidak hairan mengapa tempahan emas di Hana Gold mengambil masa kerana wang dan emas anda adalah amanah kami.

Harapan saya, selepas ini anda lebih faham dan mempunyai info tentang emas.

wallahu a'lam.

Kunjungi Galeri Hana Gold di Kompleks Bukit Jambul Pulau Pinang atau Galeri yang berhampiran dengan anda untuk tips-tips tambahan.

Thursday, January 10, 2013


Jutawan Industri di zaman Rasulullah





Topik kali ni untuk orang yang ada impian untuk menjadi jutawan bertaqwa. Mari kita semak kehidupan sahabat Rasulullah yang berdiri dari jutawan industri orang-orang kaya. Selain dari iman dan taqwa yang tinggi mereka bersifat pemurah, suka memberi dan banyak membantu.


1. Sahabat Nabi bernama Abdul Rahman ibnu`Auf pula, mengikut Sa`ad bin Ibrahim dari cerita keluarga beliau bahawa Abdul Rahman pernah membahagikan hasil jualan bahagian hartanya dari ghanimah iaitu harta rampasan perang dalam peperangan  Bani An-Nadhir iaitu sebanyak 40,000 dinar kepada para isteri Rasulullah. Menurut Az-Zuhri, semasa hayat Baginda Rasulullah s.a.w beliau pernah bersedekah dari hasil keuntungan jualan perniagaannya dengan separuh hartanya, kira-kira berjumlah 40,000 dinar. Beliau juga bersedekah dengan sebanyak 500 kenderaan untuk kegunaan jihad fisabilillah. 

Ibnu Abbas r.a. juga pernah menceritakan bahawa Abdul Rahman ibnu `Auf menyerahkan seluruh barang dagangannya yang baru tida dari negara Syam kepada Rasulullah s.a.w untuk disedekahkan.  Umar bin Al-Khatab pernah meriwayatkan bahawa Abdul Rahman ibnu Auf telah memenuhi permintaan Baginda Rasulullah s.a.w untuk memberikan sesuatu kepada cucu Baginda, iaitu Hasan dan Husain,  sehingga Rasulullah s.a.w bersabda: "Semoga Allah mencukupimu segala urusan duniamu. Adapun urusan akhiratmu, dakulah yang akan menanggungnya!" .



2. Abu Talhah: Beliau telah mewakafkan taman Bayruha. Terletak berhadapan Masjid Nabi. Taman ini merupakan taman kesayangannya dan pernah pula diziarahi oleh Baginda Rasulullah s.a.w dan meminum air sungainya. Atas dasar aqidah yang utuh serta tunduk kepada perintah Allah Taala beliau tidak teragak-agak untuk mewaqafkannya sejurus selepas wahyu dari kalam suci Allah surah Ali Imran ayat 92. Apabila turun sahaja wahyu ini, Abu Talhah berkata kepada Baginda Rasulullah s.a.w:

"Wahai Rasulullah, Allah berfirman: "Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebaktian (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai…dan harta yang paling aku sayangi ialah taman Bayruha, jadi aku sedekahkannya pada jalan Allah dan berharap akan mendapat kebaikan daripadanya dan diterima oleh Allah. Oleh itu, ya Rasulullah, buatlah mengikut apa yang Allah perintahkan kepadamu". Nabi bersabda: "Itu adalah harta yang mengeluarkan hasil! Saya telah mendengar apa yang kamu katakan dan saya fikir kamu patut membahagikannya di kalangan kaum kerabatmu". "Saya akan berbuat begitu, ya Rasulullah s.a.w", kata Abu TalhahSahih Al-Bukhari.

2. `Uthman ibnu 'Affan juga banyak mewaqafkan hartanya untuk Islam dan untuk orang-orang miskin. Semasa krisis ekonomi di Madinah al-Munawwarah, beliau telah memberi sedekah gandum, kismis, minyak yang dibawa oleh 1,000 ekor unta kepada masyarakat Islam yang miskin di zaman khalifah Khalifah Sayyidina Abu Bakar As Siddiq. 'Uthman juga menolak tawaran daripada pedagang-pedagang yang ingin membeli dengan harga keuntungan lebih 5 kali ganda sebaliknya beliau tetap berhasrat membantu orang-orang miskin kerana sangat yakin bahawa Allah akan melipatgandakan rezekinya dengan 10 ganda daripada nilai tersebut berdasarkan janji Allah dalam  surah al-Baqarah.

Beliau juga tidak teragak-agak untuk mewakafkan perigi bernama Bir Ruumah kepada umat Islam. Perigi tersebut sangat jernih airnya yang dibeli dari seorang Yahudi kerana ketika itu umat Islam menderita musim kemarau dan kesukaran memperolehi air. Selain itu, Uthman ibnu Affan juga telah menaja kesemua tentera Islam yang bersiap untuk bergerak menentang tentera Rom dengan hartanya sebanyak 700 uqiyah emas.


Sifat dermawan dan hartawan yang kaya jiwa di zaman kegemilangan Islam turut dilakukan oleh orang-orang biasa. Mereka melakukan pengorbanan harta yang sebegini terhadap Islam, antaranya ialah seramai 70 orang syuhada' Ansar yang digelar penghafal Qur'an, yang kemudiannya syahid dalam peristiwa jihad di Bi`r Ma`unah turut membantu  ahli suffah dan orang miskin dengan membelikan makanan untuk ahli suffah dengan hasil jualan kayu dan mengambil upah mengangkat air ke masjid. Anggota masyarakat zaman Rasulullah s.a.w yang mempunyai kebun kurma pula menggantung gugusan kurma di tali yang diikat di antara dua tiang  masjid sebagai sedekah kepada ahlus-suffah dan orang-orang miskin.

Pengiraan.


1 uqiyah bersamaan :

= 123.958g [Pengiraan = 500 dirham / 12 uqiyah X 2.975g]
= 3.99 troy oz = 4.37 oz = 29.17 dinar = 41.67 dirham = 2 nasya

1 nasya  bersamaan dengan
= 61.979g = 1.99 troy oz = 2.19 oz = 14.58 dinar = 20.83 dirham

** - Sumber HR. Muslim
Abu Salamah bin Abdurrahman berkata, “Aku bertanya kepada Aisyah, isteri Rasulullah saw., “Berapakah nilai mahar yang diberikan oleh Rasulullah?
Aisyah menjawab, “Mahar yang baginda berikan untuk isteri-isterinya sebesar 12 uqiyah dan nasya. Aisyah berkata, Apakah engkau tahu apakah nasya itu?
Aku berkata, “Tidak?
Kata Aisyah, “Nasya adalah ½ uqiyah. Maka nilainya sekitar 500 dirham. Demikianlah mahar Rasulullah untuk isteri-isteri Baginda."

HGTC adalah perintis dalam perdagangan emas, penyelidikan dan pembangunan metodologi logam emas. Melalui laman ini, anda akan menemui bagaimana kami beroperasi, siapakah kami dan di mana kami bertapak di dalam negeri dan antarabangsa.
Misi
“Misi kami adalah untuk menjadi Syarikat Berdaya Maju di Dalam Sektor Perdagangan Emas – bertumpu dalam menyalurkan nilai luar biasa kepada pelanggan kami dan pakar runding aset berharga ”
Visi
Untuk mencapai visi, kami komited melakukan perkara berikut:
  1. Menjadi peneraju dikenali di dalam pasaran kami. Menjadi syarikat mengutamakan pelanggan yang memberikan khidmat penyelesaian sehenti;
  2. Membina pehubungan terus menerus berasaskan kepercayaan diantara pelanggan dan rakan niaga;
  3. Menghasilkan nilai yang amanah dengan merebut peluang di asia pasifik dan juga pasaran benua terpilih;
  4. Menjadi majikan terpilih yang mengilhamkan prestasi cemerlang.
Integriti
Kejujuran dan keadilan adalah contoh unggul kepada cara kami menjalankan perniagaan dan perhubungan awam
Dipercayai
Kami adalah syarikat yang berpegang kepada janji. Kami lakukan apa yang dijanjikan dan kami beroperasi berlandaskan kod etika professional
Professional
Komited dalam membawa pembaharuan, proaktif dan selalu mengejar kecemerlangan
Berdaya Maju
Bersatu dalam tujuan mencapai objektif perniagaan
Kepuasan Pelanggan
Melalui peningkatan kualiti, servis, daya pengeluaran dan pengurusan masa, kami akan melebihi jangkaan pelanggan
Minat
Memberikan potensi penuh dalam usaha mencipta nilai yang menyeluruh kepada syarikat dan prinsip amanah.